Kolostrum

Wednesday, February 22, 2006

Kolostrum bantu tingkatkan antibodi (Utusan Malaysia 10 Jan 2006)
Oleh: Noor Fazrina Noor Kamal
PERNAH satu ketika dahulu selepas seseorang ibu bersalin, doktor
menasihati ibu tersebut memerah keluar susu sebaik sahaja bayi
dilahirkan.
Maklumat lanjut sila lawat ke : http://www.maynetwork.net/colostrum/
Tindakan itu dibuat kerana pada waktu itu kemajuan sains dan
teknologi masih di tahap sederhana. Susu yang keluar itu disangka
susu basi yang boleh mendatangkan mudarat kepada bayi.
Namun hasil kemajuan sains dan teknologi menerusi kajian-kajian
saintis mendapati susu awal inilah yang mengandungi antibodi yang
paling tinggi.
"Kini ibu-ibu digalakkan menyusukan anak-anak sebaik sahaja mereka
lahir kerana diketahui susu terawal inilah mengandungi antibodi yang
tinggi," kata Dr. Ezatti Jani, penasihat kesihatan ketika ditemui di
pejabatnya di Kelana Jaya baru-baru ini.
Bagaimanapun, menurut Dr. Ezatti yang lebih selesa dengan panggilan
Dr. Zeti, susu awal bagi seorang ibu atau juga dikenali dengan nama
kolostrum dikeluarkan dari saat bayi dilahirkan sehingga 24 jam
selepas itu sedangkan untuk memperoleh antibodi yang kuat,
pengambilannya perlulah dilakukan secara berterusan.
"Kolostrum ibu hanya keluar mulai bayi dilahirkan hinggalah tempoh
genap 24 jam, selepas itu ia menjadi susu biasa sahaja," jelasnya.
Jadi atas kesedaran ini, susu awal lembu diproses mengikut teknologi
tinggi untuk dijadikan minuman berkhasiat bagi meningkatkan antibodi
seseorang yang menurun berdasarkan pertambahan umur.
"Ia juga bertindak sebagai membantu pencegahan penyakit kronik
seperti kanser, osteoporosis (reput tulang), gout, artritis dan
berbagai penyakit lagi," katanya.
Menurut Dr. Zeti, berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para
saintis, susu awal lembu juga mempunyai khasiat yang sama dengan
susu awal ibu, malah lebih menarik susu awal lembu mampu dikeluarkan
dalam tempoh yang lebih lama iaitu sehingga 48 jam bersamaan dengan
dua hari selepas mamalia itu melahirkan anak.
"Kolostrum mamalia mengandungi Immunoglobulins yang mampu merangsang
dan mempercepatkan proses pertumbuhan sel-sel serta menyempurnakan
sistem daya tahan tubuh manakala Praline-rich-polypeptides (PRP)
membantu menyeimbangkan sistem daya tahan tubuh semula jadi,"
terangnya.
Dr. Zeti menjelaskan, kolostrum bukan sahaja membantu bertindak
sebagai antibodi untuk badan, tetapi juga sebagai antigen dan
antibodi yang efektif untuk menentang dan memerangkap serta
meneutralkan sebarang bakteria berbahaya seperti Escherichia Coli,
Coliform, Salmonella, Streptococcus Pyogenes, Bacillus Cereus,
Yersinia Enterocolitica, Candia Albicans yang menjadi penyebab
kepada pelbagai masalah kesihatan.
"Selain baik untuk sistem pertahanan badan, kolostrum juga terbukti
berkhasiat untuk menghaluskan kulit, mencerahkan penglihatan,
menguatkan daya ingatan, menyeimbangkan sistem metabolisma,
melambatkan proses penuaan juga berupaya menstabilkan kandungan gula
dalam darah," tambah Dr. Zeti.
Sambil menjelaskan tentang kebaikan kolostrum, Dr. Zeti berkata ia
juga amat sesuai diambil oleh semua peringkat umur.
"Pengambilan kolostrum secara berterusan akan meningkatkan antibodi
dalam badan dan yang paling penting ia disarankan bagi menguatkan
tulang, terutama untuk wanita," ujarnya.
Kata Dr. Zeti, bagi seorang wanita, kalsium amat diperlukan dalam
badan mereka dan pengambilan kolostrum adalah digalakkan terutama
sebelum berlaku proses menopaus.
Kini kolostrum telah dikomersial dalam pelbagai bentuk seperti susu
skim dan juga tablet.
O Milk Plus merupakan susu skim kolostrum yang telah diformulasi
mengikut cara Islam oleh pakar farmakologi Dr. Mohd. Shahimi
Mustapha.
Menurutnya lagi, kolostrum juga berupaya untuk mengurangkan risiko
kesan sampingan individu akibat pengambilan ubat-ubatan yang
mengandungi dadah dengan dos yang dibenarkan.
Maklumat lanjut sila lawat ke : http://www.maynetwork.net/colostrum/

0 Comments:

Post a Comment

<< Home